Thursday, September 6, 2012

Perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna Zahry

Credit to Nadia Zahari Photography

Just to share with you something I found on Facebook, but how accurate the facts are, Wallahualam, but I feel perkahwinan Ustaz Don harus dibuat contoh agar tidak terjebak kepada adat yang haram.

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Hantaran bukan dibuat untuk menunjuk kepada para hadirin.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
إِنَّهُ مِنْ خَيْرِ النِّسَآءِ أَيْسَرُهُنَّ صَدَاقًا
(رواه ابن حبان)
Maksudnya: “Sesungguhnya perempuan-perempuan yang baik ialah yang paling ringan mas kahwinnya.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Sabda Baginda lagi:
إِنَّ أَغْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مُؤنَةً
(رواه الإمام أحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya keberkatan yang paling besar dalam perkahwinan ialah yang paling ringan perbelanjaannya.”
(Hadits riwayat Imam Ahmad)

3 comments:

  1. subhanallah...
    bagus cara pernikahan Islam yang ditonjolkan oleh Ustaz Don kan.. alhamdullilah..

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah.. bagusnya nanti kalau nak kahwin buat macam ni je. eceh! muda lagi, kite share ye

    ReplyDelete

If you don't have something nice to say, please don't say anything at all. Positive vibes only, people! :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...