Thursday, June 7, 2012

Pantang Larang Pasangan Bertunang



So sambil2 I was bloghopping I came across this blog with a very interesting article... it's about apa orang tua2 cakap pasal pantang larang orang yang bertunang. Let's explore it with more detail:
  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

    This is true. The distance would make you rindu giler towards your fiance, and when you finally get to see him/her again on the day of the nikah... Mashallah, I'm sure the feeling is just amazing. :)

  2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

    Hmm "terkena ilmu" ni anytime pun boleh, betul tak?

  3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

    Sama macam #2 di atas, this can happen anytime. But I guess if you have enemies, time bertunang tu lagi besar risiko nak kene buat orang.

  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

    Macam ni kene jangan makan nasi, roti, chocolate, ice cream, McDonalds, Pizza Hut, etc....

  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

    Will this give you bad breath or body odour? Tapi I tak makan pun bende2 ni so takpelah. hehe

  6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

    Wah. To me this sounds a bit extreme.

  7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

    -____________-  UNBELIEVABLE pls.

  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

    Yesss plain water all the way bebeh!
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama

    I find this a bit funny hahahaha but yes, your fiance should watch his weight too.
     
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

    Ok yang ni I slalu buat. :( will learn to stop this Inshallah.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

    Baik puasa.
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

    Hehehehehehehehehehehehehe no comment
  13. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Juga  amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

    I assume tenaga untuk membuat kerja2 rumah kan kan kan?
  14. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

    Good advice.
  15. Untuk perempuan, pastikan diri sentiasa bersih. Cukur apa2 yang patut.

    Kalau tahan sakit, wax is better. It lasts longer and its not as ugly as shaving.
  16. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

    Inshallah. Tapi skarang dah kerja ni susah kan nak cukup tidur.
  17. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

    HEY ok yang ni I nak comment sikit. Hitam tak semestinya tak cantik atau tak berseri. Abis muka putih je la cantik? Allah made people of all colours for a reason.

     
  18. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

    Tapi I heard minum soya is good for developing women's chest? Hmm
  19. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

    Tak faham. Someone please enlighten me.
  20. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

    All the time ok. Not just when nak kahwin.
  21. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

    I can definitely see the logic in this.. you don't want his family to find out something about you or a habit of yours that they don't like and decide to call off the wedding kan. Nauzubillah.

    But at the same time, apa salahnya nak merapatkan sillaturrahim, to get to know the family and be comfortable with them.. you might live with them, so you need to be ok with them.
  22. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

    Ok.
  23. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

    Wah. Bercelak cannot ah? Potong rambut, faham la. Mungkin takut potong2 tak jadi ke hairstyle tu kan so it needs time to grow back. Maybe 3 weeks before the wedding is ok.
  24. Elakkan makan dan minum sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

    I didn't know this. I thought sayur makes your skin better.
  25. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

    Ye saya.
  26. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

    Ok.
  27. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

    SYIRIK, Astaghfirullah. Please don't do this.
  28. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

    Tak perlu bersanding, lagi bagus. :) It's a Hindu culture.
  29. Jangan makan tengkok ayam nanti terlentuk masa bersanding.

    Hahahahahaha I find this super funny!!!
  30. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

    What is alis??

3 comments:

  1. hahah kelakar betul petua2 ni. ada yang boleh pakai. ada yang takleh pakai. be ur self! kawin ni nikmat, bahagia. cuma jgn jadikannya landasan seks semata2. hehehe

    ReplyDelete
  2. yang makan tengkuk ayam tu mmg funny, tapi u kno what. dekat ofis i ni majoriti semua yang 'berumur' and ada sekali tu sorang staff nak kawen which is my besfriend dekat ofis. dia gilaaa sangat makan tengkuk ayam. ( hari2 pergi bazar ramadhan beli leher ayam )

    makcik-makcik kat sini like thousands time nasihat, jagan, nanti kepala sengat atas pelamin. tapi dia kata tu semua mengarut and di makan je. hahahaha, i pun rasa makcik2 ni terlalu obses dengan petua lama ++ selalu fikir ( mesti diorg yg nak makan leher tu, sebab tu dia x bg kita makan ) sebab i pun gila makan leher ayam. HAHAHAHAA. serious. kat pasar malam 4ketul rm1.00 je!

    and yes, sangat kelakar when all her wedding pics, kepala dia mmg senget :( terus i x makan! takuttttt!! mujur cepat tersedar and i wish, tak dek effect ape kot masa kawen nnti.

    ReplyDelete
  3. ikut la mana yang baik... yang tak perlu tak payah..:=

    ReplyDelete

If you don't have something nice to say, please don't say anything at all. Positive vibes only, people! :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...