Monday, May 21, 2012

Prosedur Permohonan Nikah (Selangor)


Getting married is the fun part. Filling in the forms isn't. -_- So walaupun terjumpa your soulmate today and nak nikah esok jugak, sorry ye, banyak borang yang perlu diisi dan prosedur yang perlu diikuti.

If you're from Selangor, and your fiancé is also from Selangor, hope this guide helps! For future reference, you can download this whole guide here. :)

Step 1 (Lelaki)

Isi borang 2A. You can download this form here.

Borang 2A hendaklah diisi dengan lengkap, menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam/biru TANPA ditandatangani terlebih dahulu, sebab tandatangan hendaklah dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah.

Step 2 (Lelaki)

Lepas isi borang 2A, get all the documents ready. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-
  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi (tak semestinya saksi akad nikah, saksi just nak sahkan bahawa pemohon itu bujang)
  3. Salinan sijil kurus pra-perkahwinan
  4. Salinan keputusan ujian HIV
  5. Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (download this form here)
  6. Surat perakuan cerai/kematian pasangan (jika pemohon duda)
  7. Surat/kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon mualaf)
  8. Surat kelulusan dari kagat/PDRM (jika pemohon anggota tentera/polis)
Step 3 (Lelaki)

Pemohon dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.

Kalau tempat tu takde penolong pendaftar nikah, atau hari yang pemohon pergi tu pulak dia MC ke bercuti ke Disneyland Hong Kong ke, boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Pemohon dan saksi-saksi tadi sign borang-borang depan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.

Make sure penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah tu dah tandatangan, letak tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.

Step 4 (Lelaki)

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Saksi 2 orang tadi tidak perlu hadir dah.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam hari yang sama (kalau semua borang lengkap dan mohon untuk nikah dalam Selangor) dan kebenaran itu sah laku selama tiga bulan.

Step 5 (Lelaki)

Surat/borang kebenaran yang telah diluluskan tadi, bagi kepada pihak perempuan. Turn dia pulak untuk lari sana sini.

Step 6 (Perempuan)

Isi borang 2C dan 2D. Download the borang here and here.

Borang-borang 2C dan 2D hendaklah diisi dengan lengkap, menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam/biru TANPA ditandatangani terlebih dahulu, sebab tandatangan hendaklah dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah.

Step 7 (Perempuan)

Lepas isi borang-borang 2C dan 2D, get all the documents ready. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi (tak semestinya saksi akad nikah, saksi just nak sahkan bahawa the girl is not married)
  3. Salinan sijil kurus pra-perkahwinan
  4. Salinan keputusan ujian HIV
  5. Salinan borang permohonan 2C (Jika permohonan nikah luar daerah/negeri/negara)
  6. Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (download this form here)
  7. Surat kelulusan/kebenaran berkahwin lelaki (surat yang cik abang bagi dekat step 5 tadi)
  8. Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung atau wali perempuan adalah abang lelaki yang sulung)
  9. Surat wakalah (jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
  10. Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali (jika bapa telah meninggal)
  11. Surat/kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon mualaf)
  12. Surat kelulusan dari kagat/PDRM (jika pemohon anggota tentera/polis)
  13. Surat pekaruan cerai/kematian pasangan dan salinannya (jika pemohon janda)
Step 8 (Perempuan)

Pemohon, wali yang sah dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali wali pemohon.

Kalau tempat tu takde penolong pendaftar nikah, atau hari yang pemohon pergi tu pulak dia MC ke bercuti ke Disneyland Hong Kong ke, boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Pemohon, wali yang sah dan saksi-saksi tadi sign borang-borang depan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.

Make sure penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah tu dah tandatangan, letak tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.

Step 9 (Perempuan)

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Wali dan saksi 2 orang tadi tidak perlu hadir dah.

Surat kebenaran berkahwin dan kelulusan dengan bayaran RM5.00 akan diperolehi dalam tempoh satu hari selepas kelulusan permohonan yang lengkap dibuat dan kebenaran itu sah laku selama tiga bulan.

Surat kebenaran berkahwin yang diperolehi hendaklah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum akad nikah dijalankan.

Step 10 (Lelaki & Perempuan)

By now you're already husband and wife, yay!! Alhamdulillah! :) :) :)

Surat perakuan nikah boleh diambil selepas 14 hari dari tarikh penolong pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk didaftarkan.

Surat perakuan nikah boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja, make sure you sign the acknowledgement (akuan penerimaan) semasa ambik surat tu.

Pastikan suami menandatangani ruangan ta'liq pada surat perakuan nikah bewarna biru.

10 comments:

  1. betullah mawar, isi form satu hal. then nak pergi pej agama...lepas tu, macam ni, macam tu...tension.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tension. mcm menyusahkan org nak kawin je!

      Delete
    2. oh, nk tanya ni. wali sah means ayah kite. dua orang saksi tu? pemilihan dari segi ape ye. adik beradik kita boleh?

      pening fikir pasal yg ni. hhuhu.

      Delete
    3. yes, wali sah means ayah. kalau ayah xde, baru datuk, datuk takde, baru uncle atau abang kalau x silap. dia tak boleh pilih tau.. kene ikut urutan.

      Delete
    4. bukan, soalan sebenarnya....yg dua orang saksi tu. nk pilih mcm mana. hhuhu

      Delete
    5. ohhh i see. kalau boleh bukan ahli keluarga la, cuba neighbour ke makcik ke..

      Delete
  2. my fiance tak settle dokumen dia, pastu da sebuk nak follow kita jmpa ustaz. langsung kena tegur.. shamed on me. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha comel je! takpe2 cara terbaik utk belajar is to make a mistake. ;)

      Delete
  3. Sekarang nikan..surat nikah ayah dan ibu perlu disertakan untuk anak lelaki, perempuan no satu, dan yang lain lain juga..bila pegi PAID bawa surat original nikah ayah dan ibu..baru tahu ..

    ReplyDelete
  4. tadi pegi PAID...pastu dapat tahu surat nikah ibu bapa kena ada walau bukan anak perempuan sulung..pegawai beritahu bawa salinan dan original sekali

    ReplyDelete

If you don't have something nice to say, please don't say anything at all. Positive vibes only, people! :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...