Friday, May 18, 2012

Nusyuz Isteri vs Nusyuz Suami

Ni kira nusyuz tak? haha.


WARNING: Very long entry!

Ok enough about wedding preparations for a while, for today's post I nak cerita sikit about something yang mungkin newlyweds and Muslims couples in general tak berapa faham secara mendalam.

I'm gonna talk about NUSYUZ

Mungkin saya belum pernah mention sebelum ni, tapi saya adalah peguam syarie yang berkelayakan. :) Jadi Inshallah I have a bit more knowledge to share about this topic.

Selalunya kalau sebut pasal isu Nusyuz ni, orang akan kaitkan dengan isteri je. Apa yang mungkin orang tak tahu, ialah suami pun boleh Nusyuz! Haaa.. interesting kan? Islam tu adil. Men also don't know their rights when their wives are Nusyuz towards them. I will try and share it here for everyone's benefit.


KONSEP NUSYUZ

Perkataan nusyuz bermakna menderhaka. Makna nusyuz dari segi bahasa ialah derhaka. Nusyuz dari segi istilah iaitu dari segi perhubungan di antara suami isteri ialah kebencian salah seorang dari suami atau isteri terhadap yang lain. Dalam Islam, suami diberi satu kelebihan daripada isterinya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

‘Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatillah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya’

Dalam ayat di atas dijelaskan bahawa isteri mestillah mentaati suaminya. Apabila isteri tidak mentaati atau menderhakai suaminya, Allah s.w.t menetapkan bahawa:-
  1. Suami boleh bertindak menasihati isterinya itu. 
  2. Jika masih tidak berjaya, suami boleh memisahkan tempat tidurnya.
  3. Sekiranya isteri masih lagi nusyuz, maka suami boleh memukul isterinya dengan pukulan mengajar dan bukannya pukulan yang menyiksakan. 
Sekiranya isteri itu telah kembali taat dan tidak nusyuz, Allah s.w.t melarang suami mencari-cari jalan untuk menyusahkan isteri (masih marah terhadap isteri).

Nusyuz juga membawa maksud ingkar daripada menunaikan hak suami atau derhaka kepadanya seperti isteri yang bermasam muka apabila mengadap suami atau berbuat dalih sakit atau datang haid dengan berdusta atau keluar rumah tanpa izin suami.

Sekiranya seorang isteri membuat sesuatu daripada yang tersebut di atas, nescaya gugurlah nafkah isteri itu, maksudnya suaminya tidak wajib memberinya nafkah hingga isteri kembali taat kepadanya.

Ok tapi lelaki2 pun jangan pulak melebih2, sikit-sikit cakap isteri nusyuz. Isteri buat kopi tak cukup gula, nusyuz! Masak nasi goreng cili api tak cukup pedas, nusyuz! Kemas katil bantal ada lari 2cm, nusyuz! MELAMPAU. Sesunggahnya Allah s.w.t tau niat masing2 dan Allah s.w.t benci kepada suami yang menyusahkan dan menganiayai isteri masing2.


DALIL NUSYUZ MENURUT AL-QURAN DAN HADITH

(1) Dalil al-Quran.

Firman Allah s.w.t:

“...dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.”
Firman Allah Taala:
“ Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara Yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai).”

(2) Dalil Hadith.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“jika suami mengajak isterinya tidur, sedangkan isterinya tidak mahu melayaninya, maka dia akan dikutuk oleh malaikat sehingga ke pagi hari”
Menurut hadith ini pula,
“Daripada Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi, bahawa dia pernah bertanya kepada beliau: “ Ya Rasulullah? Apakah hak isteri seorang kami atas suaminya?”( Ertinya apakah kewajipan kami sebagai suami terhadap isteri kami?). Beliau menjawab: Jika engkau makan, dia pun hendaklah diberi makan. Jika engkau membuat pakaian, dia pun hendaklah diberi pakaian. Dan kalau memukul, janganlah mukanya dipukul dan janganlah dikatakan dia buruk (diejek).”
Dari Jabir bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga golongan yang tidak akan diterima Allah s.w.t solat mereka, tidak sempat ke langit kebaikannya, iaitu:
1. Budak yang melarikan diri kecuali kembali kepada tuannya dengan meletakkan tangannya pada tangan tuannya( meminta maaf).
2. Isteri yang mendapat kemurkaan suaminya, kecuali suaminya itu memaafkannya.
3. Orang mabuk kecuali dia telah sedar.”


ISTERI YANG NUSYUZ 


Isteri-isteri yang nusyuz ialah isteri-isteri yang menderhaka suaminya, yang meninggalkan tugas dan kewajipannya sebagai seorang isteri, yang berperasaan meninggi dan melebihi dari suaminya serta berlaku curang terhadap suami dan rumahtangganya atau dengan perkataan lain, derhaka terhadap suami. 

Diriwayatkan dalam hadith yang bermaksud :
‘Demi Allah jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya! Seseorang isteri tidak menunaikan hak tuhannya sehinggalah dia menunaikan hak suaminya’
Seseorang isteri dikatakan nusyuz apabila dia tidak menjalankan amanah, ingkar, atau tidak mentaati suaminya. Di antara perbuatan yang boleh dianggap sebagai nusyuz ialah:

a) Apabila isteri keluar rumah tanpa alasan yang munasabah
b) Keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu
c) Isteri bermusafir tanpa kebenaran suami
d) Isteri enggan membuka pintu rumah supaya suami boleh masuk
e) Isteri enggan bersetubuh dengan suami
f) Isteri bergaul dengan orang-orang yang suami tidak suka tanpa alasan yang munasabah
g) Isteri berhias untuk orang lain, bukan untuk suaminya
h) Isteri enggan menjaga rumahtangga suami
i) Isteri enggan berpindah ke rumah suami
j) Isteri enggan menghormati suami dan keluarga suami(mertua)
k) Isteri sentiasa bermasam muka dengan suami
l) Isteri sentiasa bercakap kasar dengan suami
m) Isteri membuka keaiban suami dan bertindak merendah-rendahkan suami
n) Isteri tidak beramanah dalam menjaga harta suami

Kebanyakan undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia ada memperuntukan hukuman ke atas isteri yang disabitkan tidak menurut perintah suami atau nusyuz. Seksyen 130 Enekmen undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor ) 2003 telah menetapkan hukuman bagi isteri yang tidak menurut perintah suami seperti berikut :
‘seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.’
Apabila isteri diisytiharkan nusyuz, maka haknya untuk mendapatkan pembiayaan nafkah dari suaminya akan hilang.


SUAMI YANG NUSYUZ

Walaupun nusyuz seringkali dilakukan oleh isteri, terdapat juga dalam kalangan suami yang melakukan nusyuz. Suami yang nusyuz ialah suami yang bertindak di luar garis panduan yang ditetapkan oleh syarak, bersikap dingin terhadap isteri, berlaku curang atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai kerukunan rumahtangga yang tidak disukai oleh isteri. 

Suami juga dikatakan nusyuz terhadap isterinya apabila ia berlaku zalim, berkelakuan buruk, sering menyakiti hati dan memukul isterinya. Seseorang suami yang tidak menunaikan hak isterinya seperti hak giliran bermalam yang adil (bagi suami yang berpoligami), hak nafkah, perlindungan dan belaian kasih sayang yang mesra terhadap isteri adalah mengingkari perintah Allah s.w.t dan Rasulnya. Firman Allah bermaksud :
‘Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri) kamu itu dengan cara yang baik. Dan kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak (untuk kamu).’
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda :
‘sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik kepada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik di kalangan kamu kepada ahli keluargaku’
TANDA-TANDA NUSYUZ SUAMI

1. Tidak memberi nafkah kepada isterinya dan kewajipan yang lain 
2. Menyuruh melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak syarak 
3. Tidak memberi giliran jika isterinya dua/tiga/empat 
4. Tidak membayar mahar kepada isterinya yang telah ditentukan 
5. Memukul dengan pukulan yang dilarang, pukul kuat di muka dan mencederakan 
6. Mencegah dari melakukan perkara-perkara yang wajib seperti solat 

Ok! Tu saja about nusyuz for now.. kalau ada apa2 soalan please ask me in the comments. :)

5 comments:

  1. banyaknya yang saya baru tahu. thank mawar share perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, im happy to share this ilmu with u! :)

      Delete
  2. thanks for the info dear..sgt2 berguna =)

    ReplyDelete
  3. syukran mawar..ilmu y bermanfaat,,smge kte muslimah2 djauhkn dr tittle nusyuz nie..Amin,,

    ReplyDelete

If you don't have something nice to say, please don't say anything at all. Positive vibes only, people! :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...