Tuesday, May 29, 2012

Nak muka berseri?

Lately, alot of people (and I'm not kidding about alot) have commented that I look "glowing" lah, muka "seri pengantin" lah, muka "smooth" la... Alhamdulillah. I'll tell you what I use for my face, because I like sharing about things what make me happy so in turn I can make someone else happy as well.

I started using Proactiv again. Dulu masa sekolah menengah, Ya Allah muka macam pizza ok... I always had acne problems, no matter what I did pimple suka sangat make my face its permanent dwelling spot. Memang it affected my self confidence. 

So once day mak suruh cuba try (dah cuba, perlu try pulak kan) guna Proactiv. And my face cleared up, no kidding. Memang bila tengok harga dia untuk sekali bayar mak aiiii sakit jugak lah, but I swear by this stuff, it works on me, Alhamdulillah it's a miracle and I love it. Ni dah lagi 4 bulan nak kahwin, start guna balik sebab nak serikan muka... and it's working! Even after 3, 4 hari pakai nampak sangat beza :D

RM199.90 for a set of 3, with free refining mask

Tu dia. RM199.90 untuk three bottles of magic. It's supposed to last for 60 days so actually you pay RM100 for one week punya supply, kira reasonable la kan untuk muka cantik? 

I don't have the budget to beli products like SKII etc but for me, this stuff is amazing, Mashallah. It's a really good alternative and reasonable as well.

Why don't you guys try and let me know how it feels after 5 days. :)


p/s: Saya tak jual ok! Kalau nak beli, boleh beli from the website here atau any of the authorized re-sellers here. UiTM pun ada jual rupanya! I just knew. hehehe.

*UPDATE*
5 weeks after wearing Proactiv again :)


Monday, May 28, 2012

How to Bake Red Velvet Cupcakes

Image from here

Everytime I go out to a cafe or any shop that sells red velvet cupcakes or cakes I feel frustrated because they're usually quite expensive. So I decided to bake them myself. Credit to my cousin Fairuz's recipe! Because sharing is caring, meh I ajar camne nak buat, it's pretty easy!

Ingredients

2 1/2 cups all purpose flour
2 cups sugar
1 tablespoon cocoa
1 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
2 eggs
1 1/2 cups oil
1 cup buttermilk (click here to learn how to make buttermilk)
1 tablespoon vinegar
1 teaspoon vanilla essence
25ml red food colouring (about 1 small bottle)



Lightly stir eggs in a medium bowl with a wire whisk. Add remaining liquid ingredients and stir together with whisk until blended. Set aside.


Place all the dry ingredients in your mixing bowl and stir together really good with another wire whisk. Start with the flour and sugar, then add the rest.


Add the wet ingredients to the dry ingredients and mix on medium-high for about a minute or until completely combined.


Pour the batter in muffin pans just a little over 2/3rds full. 
Warning: the cupcake will rise quite high!
Make sure the oven has been pre-heated at 180 degrees celcius.
Bake for about 20 minutes or until a toothpick inserted comes out clean. 
The insides should look nice and moist like this:



Make the frosting!

Cream Cheese Frosting
250g cream cheese, room temperature
250g butter, room temperature
1 1/2 teaspoon vanilla essence
4 1/2 cups icing sugar

1. Sift sugar and set aside.
2. Beat cream cheese and butter on high until creamy. Add vanilla essence.
3. Then, add the sugar bit by bit.
4. Beat until smooth.


Remove the cupcakes from pans to cool on a wire rack.
Put the frosting on top of the cupcakes, however you want it.
Decorate the frosting to your liking (I used the crumbs from the cupcake)

DONE! ENJOY! :)

Thursday, May 24, 2012

Last Weekend, in Pictures

Last weekend your Abah and Uncle Fiqi came over to the house to join us for a barbecue. Your Grandma grilled her special leg of lamb... ya Allah seriously sedap gila. She called the two boys out to help make the fire on the barbecue pit, so they changed clothes sebab kalau tak nanti baju bau macam asap kan. I berjaya buat Uncle Fiqi you pakai baju Arsenal, yesssss!!! Hehehe...

I also baked Red Velvet cupcakes that day, maybe I'll post the recipe and tutorial later. :)

Muka confident at first, ingatkan guna lighter je boleh terus ada api.

Cuba punya cuba, api tak nyala2.

Your Grandma, mengajar cara menyalakan api macam pro.

Whoah. Garang tak nenek you.

THE FEAST! 

Wednesday, May 23, 2012

Worldless Wednesday #5

Monday, May 21, 2012

Prosedur Permohonan Nikah (Selangor)


Getting married is the fun part. Filling in the forms isn't. -_- So walaupun terjumpa your soulmate today and nak nikah esok jugak, sorry ye, banyak borang yang perlu diisi dan prosedur yang perlu diikuti.

If you're from Selangor, and your fiancĂ© is also from Selangor, hope this guide helps! For future reference, you can download this whole guide here. :)

Step 1 (Lelaki)

Isi borang 2A. You can download this form here.

Borang 2A hendaklah diisi dengan lengkap, menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam/biru TANPA ditandatangani terlebih dahulu, sebab tandatangan hendaklah dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah.

Step 2 (Lelaki)

Lepas isi borang 2A, get all the documents ready. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-
  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi (tak semestinya saksi akad nikah, saksi just nak sahkan bahawa pemohon itu bujang)
  3. Salinan sijil kurus pra-perkahwinan
  4. Salinan keputusan ujian HIV
  5. Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (download this form here)
  6. Surat perakuan cerai/kematian pasangan (jika pemohon duda)
  7. Surat/kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon mualaf)
  8. Surat kelulusan dari kagat/PDRM (jika pemohon anggota tentera/polis)
Step 3 (Lelaki)

Pemohon dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.

Kalau tempat tu takde penolong pendaftar nikah, atau hari yang pemohon pergi tu pulak dia MC ke bercuti ke Disneyland Hong Kong ke, boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Pemohon dan saksi-saksi tadi sign borang-borang depan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.

Make sure penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah tu dah tandatangan, letak tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.

Step 4 (Lelaki)

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Saksi 2 orang tadi tidak perlu hadir dah.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam hari yang sama (kalau semua borang lengkap dan mohon untuk nikah dalam Selangor) dan kebenaran itu sah laku selama tiga bulan.

Step 5 (Lelaki)

Surat/borang kebenaran yang telah diluluskan tadi, bagi kepada pihak perempuan. Turn dia pulak untuk lari sana sini.

Step 6 (Perempuan)

Isi borang 2C dan 2D. Download the borang here and here.

Borang-borang 2C dan 2D hendaklah diisi dengan lengkap, menggunakan huruf besar dan berdakwat hitam/biru TANPA ditandatangani terlebih dahulu, sebab tandatangan hendaklah dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah.

Step 7 (Perempuan)

Lepas isi borang-borang 2C dan 2D, get all the documents ready. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi (tak semestinya saksi akad nikah, saksi just nak sahkan bahawa the girl is not married)
  3. Salinan sijil kurus pra-perkahwinan
  4. Salinan keputusan ujian HIV
  5. Salinan borang permohonan 2C (Jika permohonan nikah luar daerah/negeri/negara)
  6. Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan (download this form here)
  7. Surat kelulusan/kebenaran berkahwin lelaki (surat yang cik abang bagi dekat step 5 tadi)
  8. Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung atau wali perempuan adalah abang lelaki yang sulung)
  9. Surat wakalah (jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
  10. Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali (jika bapa telah meninggal)
  11. Surat/kad perakuan Islam dan salinannya (jika pemohon mualaf)
  12. Surat kelulusan dari kagat/PDRM (jika pemohon anggota tentera/polis)
  13. Surat pekaruan cerai/kematian pasangan dan salinannya (jika pemohon janda)
Step 8 (Perempuan)

Pemohon, wali yang sah dan 2 orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali wali pemohon.

Kalau tempat tu takde penolong pendaftar nikah, atau hari yang pemohon pergi tu pulak dia MC ke bercuti ke Disneyland Hong Kong ke, boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah.

Pemohon, wali yang sah dan saksi-saksi tadi sign borang-borang depan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.

Make sure penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah tu dah tandatangan, letak tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.

Step 9 (Perempuan)

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Wali dan saksi 2 orang tadi tidak perlu hadir dah.

Surat kebenaran berkahwin dan kelulusan dengan bayaran RM5.00 akan diperolehi dalam tempoh satu hari selepas kelulusan permohonan yang lengkap dibuat dan kebenaran itu sah laku selama tiga bulan.

Surat kebenaran berkahwin yang diperolehi hendaklah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum akad nikah dijalankan.

Step 10 (Lelaki & Perempuan)

By now you're already husband and wife, yay!! Alhamdulillah! :) :) :)

Surat perakuan nikah boleh diambil selepas 14 hari dari tarikh penolong pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk didaftarkan.

Surat perakuan nikah boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja, make sure you sign the acknowledgement (akuan penerimaan) semasa ambik surat tu.

Pastikan suami menandatangani ruangan ta'liq pada surat perakuan nikah bewarna biru.

Friday, May 18, 2012

Nusyuz Isteri vs Nusyuz Suami

Ni kira nusyuz tak? haha.


WARNING: Very long entry!

Ok enough about wedding preparations for a while, for today's post I nak cerita sikit about something yang mungkin newlyweds and Muslims couples in general tak berapa faham secara mendalam.

I'm gonna talk about NUSYUZ

Mungkin saya belum pernah mention sebelum ni, tapi saya adalah peguam syarie yang berkelayakan. :) Jadi Inshallah I have a bit more knowledge to share about this topic.

Selalunya kalau sebut pasal isu Nusyuz ni, orang akan kaitkan dengan isteri je. Apa yang mungkin orang tak tahu, ialah suami pun boleh Nusyuz! Haaa.. interesting kan? Islam tu adil. Men also don't know their rights when their wives are Nusyuz towards them. I will try and share it here for everyone's benefit.


KONSEP NUSYUZ

Perkataan nusyuz bermakna menderhaka. Makna nusyuz dari segi bahasa ialah derhaka. Nusyuz dari segi istilah iaitu dari segi perhubungan di antara suami isteri ialah kebencian salah seorang dari suami atau isteri terhadap yang lain. Dalam Islam, suami diberi satu kelebihan daripada isterinya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

‘Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatillah mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya’

Dalam ayat di atas dijelaskan bahawa isteri mestillah mentaati suaminya. Apabila isteri tidak mentaati atau menderhakai suaminya, Allah s.w.t menetapkan bahawa:-
  1. Suami boleh bertindak menasihati isterinya itu. 
  2. Jika masih tidak berjaya, suami boleh memisahkan tempat tidurnya.
  3. Sekiranya isteri masih lagi nusyuz, maka suami boleh memukul isterinya dengan pukulan mengajar dan bukannya pukulan yang menyiksakan. 
Sekiranya isteri itu telah kembali taat dan tidak nusyuz, Allah s.w.t melarang suami mencari-cari jalan untuk menyusahkan isteri (masih marah terhadap isteri).

Nusyuz juga membawa maksud ingkar daripada menunaikan hak suami atau derhaka kepadanya seperti isteri yang bermasam muka apabila mengadap suami atau berbuat dalih sakit atau datang haid dengan berdusta atau keluar rumah tanpa izin suami.

Sekiranya seorang isteri membuat sesuatu daripada yang tersebut di atas, nescaya gugurlah nafkah isteri itu, maksudnya suaminya tidak wajib memberinya nafkah hingga isteri kembali taat kepadanya.

Ok tapi lelaki2 pun jangan pulak melebih2, sikit-sikit cakap isteri nusyuz. Isteri buat kopi tak cukup gula, nusyuz! Masak nasi goreng cili api tak cukup pedas, nusyuz! Kemas katil bantal ada lari 2cm, nusyuz! MELAMPAU. Sesunggahnya Allah s.w.t tau niat masing2 dan Allah s.w.t benci kepada suami yang menyusahkan dan menganiayai isteri masing2.


DALIL NUSYUZ MENURUT AL-QURAN DAN HADITH

(1) Dalil al-Quran.

Firman Allah s.w.t:

“...dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.”
Firman Allah Taala:
“ Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara Yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai).”

(2) Dalil Hadith.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“jika suami mengajak isterinya tidur, sedangkan isterinya tidak mahu melayaninya, maka dia akan dikutuk oleh malaikat sehingga ke pagi hari”
Menurut hadith ini pula,
“Daripada Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi, bahawa dia pernah bertanya kepada beliau: “ Ya Rasulullah? Apakah hak isteri seorang kami atas suaminya?”( Ertinya apakah kewajipan kami sebagai suami terhadap isteri kami?). Beliau menjawab: Jika engkau makan, dia pun hendaklah diberi makan. Jika engkau membuat pakaian, dia pun hendaklah diberi pakaian. Dan kalau memukul, janganlah mukanya dipukul dan janganlah dikatakan dia buruk (diejek).”
Dari Jabir bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tiga golongan yang tidak akan diterima Allah s.w.t solat mereka, tidak sempat ke langit kebaikannya, iaitu:
1. Budak yang melarikan diri kecuali kembali kepada tuannya dengan meletakkan tangannya pada tangan tuannya( meminta maaf).
2. Isteri yang mendapat kemurkaan suaminya, kecuali suaminya itu memaafkannya.
3. Orang mabuk kecuali dia telah sedar.”


ISTERI YANG NUSYUZ 


Isteri-isteri yang nusyuz ialah isteri-isteri yang menderhaka suaminya, yang meninggalkan tugas dan kewajipannya sebagai seorang isteri, yang berperasaan meninggi dan melebihi dari suaminya serta berlaku curang terhadap suami dan rumahtangganya atau dengan perkataan lain, derhaka terhadap suami. 

Diriwayatkan dalam hadith yang bermaksud :
‘Demi Allah jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya! Seseorang isteri tidak menunaikan hak tuhannya sehinggalah dia menunaikan hak suaminya’
Seseorang isteri dikatakan nusyuz apabila dia tidak menjalankan amanah, ingkar, atau tidak mentaati suaminya. Di antara perbuatan yang boleh dianggap sebagai nusyuz ialah:

a) Apabila isteri keluar rumah tanpa alasan yang munasabah
b) Keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu
c) Isteri bermusafir tanpa kebenaran suami
d) Isteri enggan membuka pintu rumah supaya suami boleh masuk
e) Isteri enggan bersetubuh dengan suami
f) Isteri bergaul dengan orang-orang yang suami tidak suka tanpa alasan yang munasabah
g) Isteri berhias untuk orang lain, bukan untuk suaminya
h) Isteri enggan menjaga rumahtangga suami
i) Isteri enggan berpindah ke rumah suami
j) Isteri enggan menghormati suami dan keluarga suami(mertua)
k) Isteri sentiasa bermasam muka dengan suami
l) Isteri sentiasa bercakap kasar dengan suami
m) Isteri membuka keaiban suami dan bertindak merendah-rendahkan suami
n) Isteri tidak beramanah dalam menjaga harta suami

Kebanyakan undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia ada memperuntukan hukuman ke atas isteri yang disabitkan tidak menurut perintah suami atau nusyuz. Seksyen 130 Enekmen undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor ) 2003 telah menetapkan hukuman bagi isteri yang tidak menurut perintah suami seperti berikut :
‘seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.’
Apabila isteri diisytiharkan nusyuz, maka haknya untuk mendapatkan pembiayaan nafkah dari suaminya akan hilang.


SUAMI YANG NUSYUZ

Walaupun nusyuz seringkali dilakukan oleh isteri, terdapat juga dalam kalangan suami yang melakukan nusyuz. Suami yang nusyuz ialah suami yang bertindak di luar garis panduan yang ditetapkan oleh syarak, bersikap dingin terhadap isteri, berlaku curang atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai kerukunan rumahtangga yang tidak disukai oleh isteri. 

Suami juga dikatakan nusyuz terhadap isterinya apabila ia berlaku zalim, berkelakuan buruk, sering menyakiti hati dan memukul isterinya. Seseorang suami yang tidak menunaikan hak isterinya seperti hak giliran bermalam yang adil (bagi suami yang berpoligami), hak nafkah, perlindungan dan belaian kasih sayang yang mesra terhadap isteri adalah mengingkari perintah Allah s.w.t dan Rasulnya. Firman Allah bermaksud :
‘Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri) kamu itu dengan cara yang baik. Dan kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak (untuk kamu).’
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda :
‘sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik kepada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik di kalangan kamu kepada ahli keluargaku’
TANDA-TANDA NUSYUZ SUAMI

1. Tidak memberi nafkah kepada isterinya dan kewajipan yang lain 
2. Menyuruh melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak syarak 
3. Tidak memberi giliran jika isterinya dua/tiga/empat 
4. Tidak membayar mahar kepada isterinya yang telah ditentukan 
5. Memukul dengan pukulan yang dilarang, pukul kuat di muka dan mencederakan 
6. Mencegah dari melakukan perkara-perkara yang wajib seperti solat 

Ok! Tu saja about nusyuz for now.. kalau ada apa2 soalan please ask me in the comments. :)

Wednesday, May 16, 2012

Allah's reward for true love


"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya" (Hadis Riwayat Abu Said)

Subhanallah... This, is true love. Not some Hollywood gimmick. 

Monday, May 14, 2012

Baju Nikah, sent for tailoring!

Ok first let me just say I am in LOVE with Scha Al-Yahya's baju nikah... SO simple and classy. Love love love.


Last Saturday your Abah and I went to send our material for the baju nikah to the tailor. Tak plan pun, the night before that my mum said "Kaklong jom pergi tailor esok buat baju nikah. Nanti lambat2 tailor tak nak ambik, dah dekat bulan puasa ni." The tailor is actually located at a really God-forsaken place, kalau lalu tempat tu memang tak nak singgah la.. tempat repair kereta punya area macam tu. 

But they say never to judge a book by its cover, because that particular tailor is so good that even Datins and Puan Sris send their baju for tailoring to her. At first tailor tu cakap, sorry tapi dia dah tak ambik apa2 tempahan since 1 April. FIRST APRIL!! Awal gilaaa!! That's how popular she is, tempahan baju raya terlalu banyak sampai tak boleh ambik lagi. Tapi memang nampak dalam kedai dia tu penuh dengan beg2 plastik kain waiting to be made into clothes.

Nasib baik my Mak kenal her, and said that she dah lama call and said she nak hantar our kain for baju nikah to her... so she was like oklah2, just untuk your Abah and I. Alhamdulillah. Tapi skarang baju untuk walimah kene cari tailor lain dah pulak... hmm I hope there's still one that accepts tempahan.

Since the decision to go to the tailor was so last minute, I didn't have a design prepared or anything.. but I just told the tailor what I wanted and she's so good that she sketched out exactly what I had in mind. I asked her for a kurung moden, with a flowy skirt like this:

Found on google, but design belongs
to Unaisah Azlan of studio twentysix

And I wanted narrow sleeves with big buttons at the end, like this:



Yang paling bestnya she charged me murah sangat2!! Alhamdulillah. I'm very happy about it and I'm hoping the outcome turns out amazing... Inshallah. We minta siap before puasa, so I guess we'll see by then. :)

Now I kene risau pasal design baju walimah pulak... hmm.

Friday, May 11, 2012

Rainbow Quran for Sale!

UPDATE: The supplier is no longer taking any more orders unfortunately. :( I only have limited number of Qurans left in pink, dark blue and yellow

 Rainbow Quran
The Rainbow Quran. Bright, beautiful colors that don't dull the eyes. Cover is made of suede (baldu).


Most people are selling it for RM100 or more, you can google it to confirm... a popular blog and one of the original sellers is selling at RM140. But I'm offering these gorgeous Qurans for RM85  :) 

Please leave a comment with the quantity, color(s) and your email address. Thanks!

Available colors: Pink, Mustard Yellow, Dark Blue.
Size: Approximately 11cm x 15cm.

Rainbow Quran Pink
Pink
Rainbow Quran Yellow
Mustard Yellow
Rainbow Quran Dark Blue
Dark Blue

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #4

Monday, May 7, 2012

Photographer, booked!

So after months of indeciveness about our photographer, your Abah and I finally decided and met up with a photographer we both really like. We're deciding to hire Hafizudin Hamdan, Inshallah. :)

Before this, we short-listed a few photographers and in the end ingatkan nak guna this one photographer... tapi tak tau kenapa, rasa berat sangat2 nak bayar the deposit... asyik tertangguh, and in the end macam tawar hati je. They're really talented and good customer service jugak, tapi tak tau kenapa I kept putting it off.

Sangat betul that kita hanya boleh merancang tapi Allah yang tentukan, sebab last Friday, I teringat that dulu I pernah hantar an e-mail to Hafiz to inquire whether he was free on the 1st of Sept (masa tu date lain) but he wasn't free. So now that my dates have changed, I asked him again, and Alhamdulillah he was free for the 22nd!

I sent to your Abah a link to the website and he loved it too. I asked Hafiz if he would be free to meet up and he said mmg that day he would be in Subang. Such a coincidence, Mashallah! So after work your Abah and I went to go meet up with him to discuss things and now we've paid the deposit so yay! We got ourselves a photog! :)

No I'm not paid to promote Hafiz (dpt rates kurang pun tak ok. hahaha) but I genuinely like his work, he has such an eye for detail and perspective... so here are some of his art:


Cantik, kan? :) For more eyecandy and to contact him, check out his website here and/or his facebook here. Just tell him Mawar sent you. ;)

Friday, May 4, 2012

Wedding Shoes?

So if you remember from this post, I posted a teaser photo of what my wedding shoes might be... tapi rasa macam dah tak teaser dah since I posted the full pic anyway hahaha. Whatever, I like sharing my happiness. :) TAPI I'm not 100% sure yet whether I'll be wearing them for the wedding.. maybe just for nikah? Coz they won't match with my champagne-colored reception dress kan? Hmm. Entahlah. What do you think, should I get another pair?




If you're also looking for white shoes like this untuk nikah or even reception, I found one under RM100! It's from Zalora, and it's free shipping too which is great (no I'm not paid to promote Zalora I just want to share. hehe). Beli cepat!

RM99.90 from Nose

Thursday, May 3, 2012

25 Easy Ways to Lose Weight, Part 2

Continued from Part 1.

Yesterday your Abah asked me whether I haven't been eating while I was in Melbourne, coz he said my face looks "cengkung". Yesssssssss achievement! hehehe... mari, continue with the weight loss tips:

click on the images for clearer reading.



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...