Thursday, April 12, 2012

Kain Hunting

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuanku, kerana ditabalkan hari semalam, dan oleh kerana itu Patik dapat cuti umum yang tidak disangka-sangkakan! 

Patik telah menggunakan cuti tersebut dengan sungguh produktif Tuanku, Tuanku hendak tahu Patik buat apa semalam? Haaaa, Patik bersama-sama tunang Patik serta ibundanya, sahabat karib ibundanya dan adik Patik, telah memburu kain (material hunting) di Wisma Jakel, Shah Alam.

Mungkin Tuanku tertanya-tanya, untuk apakah hamba ini memburu kain? Jawapannya adalah kerana Patik belum ada kain untuk membuat baju majlis perkahwinan Patik yang bakal berlangsung bulan September nanti, Inshallah. Tuanku dijemput hadir, tetapi saya minta Tuanku R.S.V.P. terlebih dahulu, supaya Patik dapat menyiapkan protokol-protokol yang patut seperti bentang karpet emas dan sebagainya.

Silakan tatap gambar-gambar Patik segerombolan memburu kain semalam, Tuanku.




Kerana terlalu lama dan terlalu banyak warna yang tidak disukainya, tunang Patik telah kelihatan tidak puas hati (sila rujuk gambarajah sebelah kiri di atas). Akan tetapi, beliau telah tersenyum lebar menunjukkan giginya (sila rujuk gambarajah sebelah kiri di bawah) setelah menjumpai kain dan warna yang disukainya.


Akhirnya, Patik dan tunang Patik telah memilih warna Champagne. Ampun Tuanku, Champagne di sini bukan bermaksud minuman beralkohol yang haram lagi najis itu, tetapi bermaksud pilihan warna seperti berikut:


Patik sungguh gembira kerana French Lace pilihan Patik sungguh cantik dan anggun. Syukur, Alhamdulillah. Sekarang Patik perlu memilih design untuk baju tersebut... Ya, Patik sedar bahawa kebiasaannya design perlu dipilih dahulu sebelum kain dibeli, tetapi Patik terlalu suka kain itu. (:

Setinggi-tinggi tahniah Patik ucapkan kepada Tuanku, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, Inshallah.

8 comments:

  1. mawar, nice color ni.tapi memang rambang mata kan untuk pilih kain. banyak sgt yang cantik tp still kena consider the price.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? thank u! i pun suka.. :) sangaaaat rambang mata. mcm nak give up pun ada.

      Delete
  2. champagne colour me likey..!! my kain nikah pun ala2 champagne gitu.... nice choice darling.. nmpak exclusive..! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks renee! great minds think alike. hehe.. ;) you have taste!

      Delete
  3. Oh, champagne colour, very classy and gorgeous! Love the lace detail on the waist too. Very excited to see a fellow Sri Amanian getting married!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atifi! u pulak going for honeymoon dah, lagi exciting! hehe

      Delete

If you don't have something nice to say, please don't say anything at all. Positive vibes only, people! :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...